Diatas menunjukkan jadual perbandingan matlamat, objektif dan organisasi kandungan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual dan DSKP 1,2,3,4 dan 5.


2. Perbandingan Matlamat SP PSV , DSKP 1,2,3 dan DSKP 4&5




Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Malaysia matlamatnya adalah bagi “Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis,kreatif,inovatif dan inventif.”  SP PSV menyatakan matlamat utamanya adalah bagi melahirkan generasi yang berpengetahuan tentang budaya dan mempunyai nilai estetik, kreatif dan lain-lain secara menyeluruh dalam diri bagi menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. SP PSV merupakan gabungan sukatan pelajaran dalam subjek pendidikan seni visual menengah dan matlamat utama yang ingin dicapai dalam sukatan pelajaran ini. Selain itu, dalam DSKP menengah rendah 1,2 dan 3 matlamatnya adalah bagi “Membina potensi murid ke arah melahirkan insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran Seni Visual serta menghayati nilai estetik.” Penyataan ini bermasud dalam peringkat tingkatan 1,2,3 matlamatnya adalah hanya pada permulaannya bagi membina potensi dalam kalangan murid dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran seni  dan menghayati apa itu nilai estetik. Perkara ini seperti pendedahan awal kepada murid tentang seni visual bagi mereka memperoleh pengetahuan dan mempunyai kemahiran serba sedikit dalam seni visual. Akhir sekali, “Mempertingkatkan potensi murid kearah penjanaan modal insan holistik yang berteraskan pengetahuan dan kemahiran seni visual dan menghayati nilai estetik” adalah matlamat utama yang termaktub di dalam DSKP menengah atas 4&5. Dengan penyataan tersebut kita dapat lihat bahawa dalam DSKP tingkatan 4&5 sukatan pelajaran telah mengfokuskan kepada meningkatkan lagi potensi yang ada dalam diri kalangan murid daripada segi pengetahuan dan kemahiran mereka tentang seni bagi menghasilkan modal insan yang dapat menguasai banyak perkara daripada segi pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai estetik yang ada dalam seni. 


3. Perbandingan antara Objektif SP PSV dengan Matlamat DSKP 1,2,3 dan 4&5.


Antara perbandingan objektif di dalam SP PSV dan matlamat DSKP Tingkatan 1,2 dan 3 dan menengah atas tingkatan 4 dan 5 adalah dalam objektif SP PSV lebih menyeluruh dan spesifik apa yang hendak dicapai dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual daripada semua aspek. Organisai kandungan juga secara menyeluruh daripada segi asas seni reka, seni halus, komunikasi visual, reka bentuk, kraf tradisi dan dimensi baru. Dalam DSKP Tingkatan 1,2, dan 3 pula menyatakan bahawa DSKP tersebut hanya bermatlamat bagi membina potensi dalam kalangan murid, mempunyai pengetahuan dan kemahiran seni  dan menghayati apa itu nilai estetik. Dalam sukatan pelajaran 1,2 dan 3 menunjukkan ia lebih kepada pendedahan awal terhadap murid tentang dunia seni. Iaitu daripada segi unsur seni dan prinsip seni reka yang perlu mereka ketahui pada tingkatan 1 dan pendedahan semakin mendalam sehingga tingkatan 3. Organisasi kandungannya terbahagi kepada beberapa bidang seperti sejarah dan aspresiasi seni visual, bahasa seni visual, pemikiran seni visual pada tingkatan 1, sejarah dan asperiasi seni visual, seni halus, reka bentuk, seni kraf dan komunikasi visual pada tingkatan 3.  Oleh itu, matlamat mereka hanyalah mewujudkan potensi dalam kalangan pelajar di peringkat 1,2 dan 3. Manakala dalam DSKP 4 dan 5 bermatlamat meningkatkan lagi potensi yang ada dalam diri kalangan murid daripada segi pengetahuan dan kemahiran mereka tentang seni bagi menghasilkan modal insan yang dapat menguasai banyak perkara daripada segi pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai estetik yansg ada dalam seni. Dalam DSKP 4&5 termaktub matlamatnya lebih meluas. Organisasi kandungannya terbahagi kepada bidang sejarah dan aspresiasi seni visual, seni halus, reka bentuk, seni kraf dan komunikasi visual. namun lebih menyeluruh dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dan sukatan pelajarannya lebih mendalam dalam dunia seni dan menjadikan seorang murid, murid yang mempunyai pengetahuan tentang seni dan serba lengkap dengan pengetahuan seni. 



Sekian terima kasih.

Comments